Friday, December 30, 2011

Jom Makan Durian Sepuas-puasnya @ Muzium Telekom / Come & Join The Durian Feast @ Muzium Telekom

Hari ni Last Day for this event.. Semalam sempat juga pergi makan durian sampai LEBAM time lunch hour.. Husband cabar makan 2 biji durian.. tapi aku tak mampu seh.. rasa nak keluar balik bila disumbat-sumbat durian tanpa henti... Tapi husband makan banyak.. tak sangka badan kecik begitu boleh makan banyak ulas durian... untuk mengelakkan badan 'Panas' bila makan durian, buah manggis jadi penyejuk badan... SEDAP!!!... Jom pakat-pakat pergi ramai ke Muzium Telekom.. Hari ni adalah hari terakhir event ni... Di bawah adalah iklan event tersebut:

IKLAN

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menganjurkan acara tahunan Pesta Jom Makan Durian 2011 @ Muzium Telekom untuk kali ke empat pada 28 hingga 30 Disember 2011 bagi mempromosikan buah-buahan dan produk tani tempatan kepada warga Malaysia menyukai dan pelancong asing. Sertai promosi ‘Nikmatilah Keenakan Buah Durian Sepuas-puasnya’ untuk durian D4 yang berharga cuma RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Terdapat juga pelbagai gerai jualan produk hasil durian seperti serawa, jem, ais krim, lempuk dan tempoyak. Aktiviti-aktiviti menarik termasuk pertandingan teka berat durian, Pertandingan makan buahan-buahan terpantas dan Pertandingan makan buah durian terpantas. FAMA turut menyediakan gerai jualan buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis, pulasan, dokong, buah naga, pisang, ciku dan jambu. Pesta ini dibuka secara percuma kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai ke Jom Makan Durian 2011 @ Muzium Telekom untuk menikmati keenakan buah-buahan tempatan yang segar. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5499 atau 03-2020 5444 atau layari laman web rasmi Menara Kuala Lumpur di www.menarakl.com.my atau ‘like’ laman Facebook rasmi Menara Kuala Lumpur di Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official). Jumpa anda di sana!
Bagi pihak Menara Kuala Lumpur

*******______*******_____*******______******______******_____******_______*


Di bawah ni pula gambar kami berdua *_*

Sekian Terima Kasih!

No comments: