Friday, December 21, 2012

Sakit Bersalin

2hb Oktober 2012 (Selasa) - 38w4d

Mula rasa sakit sikit-sikit pada ari-ari sejam sekali.. Rasa macam senggugut tapi light sangat.. just ignore apa yang aku rasa.. maybe cuma perasaan je.. sebab menunggu hari je sebab minggu lepas dah turun tanda iaitu darah dan lendir.. masa tu bukaan baru 1cm.. doktor suruh balik dulu.. doktor cakap lambat lagi sebab anak sulung selalunya lambat bukaan..

3hb Oktober 2012 (Rabu) - 38w5d

Sakit semakin kerap dan kuat.. pukul 12pm, mak mertua suruh call husband.. minta husband balik awal takut terberanak kat rumah.. hehe.. sedangkan aku rasa macam senggugut.. takde la sakit sangat.. maybe sebab sebelum ni dah biasa sakit senggugut time period.. so, macam tak kisah sangat.. mak mertua yang risau (nasib baik mak mertua ada kat rumah, temankan aku).. dalam pukul 1.30pm, husband balik rumah.. semasa tu dah sakit 15minit sekali... aku, husband dan mak mertua makan tengah hari dulu.. rileks2 kejap,3.30pm baru pergi Hospital Putrajaya.. sampai sana buat CTG.. sakit semakin kerap.. iaitu 10minit 3kali.. Aku ambil pakej FPP, so.. apa2 hal kena tunggu doktor Hamidah.. Doktor decide aku masuk wad.. sebab dah contraction makin kerap walaupun bukaan baru 2cm.. aku minta balik rumah, ingat nak pergi shopping dulu sempena ada EON day kat Mid Valley.. tapi doktor tak bagi balik sebab bila-bila masa pun boleh bersalin.. lagi pun dah turun tanda sebelum ni.. Aku bersutuju juga akhirnya admit wad..



4hb Oktober 2012 (Khamis) - 38w6d

Dalam pukul 2am, aku rasa macam ada cecair keluar dari miss V aku.. aku buat tak tahu je.. aku ingat keputihan yang keluar.. Pukul 6am, doktor periksa, rupa2nya air ketuban yang keluar pagi tu.. bila scan, air ketuban masih cukup untuk baby survive.. doktor cakap, dalam 18jam still tak bersalin, diorang akan cucuk ubat antibiotik sebab takut infection kat baby.. seksanya aku rasa.. dah 3hari sakit contraction tapi jalan still tak buka.. sepanjang hari Khamis, aku pusing-pusing wad.. nak tido pun tak boleh sebab sakit.. Pada pukul 8.30pm, doktor periksa, jalan dah buka 4cm.. doktor decide, pukul 11.30pm turun labour room.. perghhh.. lama sungguh biar aku sakit... Pada pukul 11.30pm, turun labour room.. doktor pecahkan air ketuban, tengok2 baby dah berak.. datang doktor Azmi, beliau cakap kena ceazer.. Masa tu, aku dan husband memang betul2 frust sebab ingat boleh normal.. kenapa la pihak hospital lambat ambil action? sedangkan aku dah sakit lama.. tiba2 nak ceazer pula..

5hb Oktober 2012 (Jumaat) - 39w

12.30am masuk bilik bedah.. doktor cucuk ubat bius separuh badan pada tulang belakang.. rasa macam semut gigit... takut juga nak kena operate sebab first time masuk bilik bedah.. 1.12am, dengar lah suara baby menangis.. masa tu, rasa bersyukur sangat sebab dah jadi ibu kepada seorang bayi perempuan... baby tersebut diberi nama Nur 'Aisyah Sofiyya Binti Mohd Asfah Rizal.. :)