Wednesday, April 25, 2012

Seluar Pregnant


Pejam celik... sekejap je kandunganku dah mencecah 4 bulan.. Seluar jeans dan seluar slack sudah tak boleh kancing.. hanya boleh zip je... sekarang tengah surfing internet untuk cari seluar pregnant yang sesuai. Sebelum ni aku sudah pusing AEON Tmn. Equine dan Mid Valley... macam takde je saiz aku... semua besar-besar... bila pakai, macam muat untuk 2 orang... aku ada juga tanya opis mate.. 'seluar apa yang sesuai untuk pregnant?.. dia cakap .. 'beli seluar palazzo atau pun skirt je'... ehm... Which one is better for me? pening juga ea memilih pakaian orang pregnant ni.. belum pikir barang baby lagi... Ni la gambar seluar palazzo yang dimaksudkan dengan opis mate aku...
Dan ini pula.. seluar pregnant yang aku tengah tercari-cari... Ramai yang cakap.. dekat SOGO banyak pilihan... ehm.. nak pergi SOGO pikir banyak kali.. selalunya orang ramai kat SOGO.. daripada ada mood nak membeli.. terus tukar mood nak BALIK... huhu...
Balik kerja petang karang.. nak ajak my husband yang manja ni pergi shopping baju preggy.. seluar hujung minggu ni pergi SOGO (terpaksa)... mentang-mentang semalam dan hari ni ada AEON Member Day... :) .. Semalam dah pergi survey harga dan barang.. hari ni terus pergi membeli je sebab kompem ramai orang hari ni... so.. selamat bershopping.......... (^_^)v

Monday, April 23, 2012

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW….Wallahualam

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1.. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah
disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang
dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka
ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada
Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari
mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut
Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat
berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati
kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia
datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam
keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam
keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang
terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan
golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka
menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU
lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis
percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU
KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sebelum Tidur

Pesan dan berpesan antara kita....
 SEBELUM TIDUR


Tafsir Haqqi)


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?


"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Friday, April 13, 2012

Saya tak lalu makan dan terlalu malas

Huargh!!! nak makan apa ni? semuanya tak lalu... bau level 3 (food court) kat tempat kerja pun tak boleh... rasa kembang tekak.. ditambah pula dengan malas tak terhingga.. beginikah pa'el orang pregnant? Makan roti je yang mampu.. mudah-mudahan masuk minggu ke 16 dah ok.. itulah harapan yang diberi oleh doktor sebentar tadi.. :p .. tapi.. bab makan 'fast food', i ok :D .. doktor cakap.. makan je fast food kalau itu je yang boleh masuk tekak... Bab malas lak, suami aku yang sediakan makan malam untuk aku.. aku dah tak larat nak bau makanan ketika masak.. tambah-tambah time menomis.. huhu.. busuknya.. Cian my husband. :)

Thursday, April 5, 2012

Char Koew Teow

Ini baru betul-betul Char Koew Teow... selalunya aku jumpa Char Koew Teow kat KL ni macam Koew Teow goreng je... lebih baik goreng kat rumah je... ha... ni nak habaq mai.. first time aku macam Char Koew Teow yang paling sedap kat area KL ni... tempatnya adalah di Taman Lestari Perdana 7, dekat dengan puncak Bukit Jalil dan Giant Seri Kembangan... sampai licin kot aku makan sedangkan mulut ni pada masa sekarang susah nak terima segala jenis makanan... tengah loya... cuma airnya 'kureng'... better bawa air mineral sendiri.... hehe... harganya aku tak pasti pulak.. sebab hubby yang bayar (ni la untung jadi isteri ni).... jom kita pakat ramai-ramai pi makan kat sana... sedap woooo............... slurp! 

Suami Soleh

      Ramai isteri dan bakal isteri mendambakan suami yang soleh. Suami yang soleh bagiku bukanlah dengan pakaiannya seperti berjubah, berserban, memakai celak di bawah alis mata... tetapi cukuplah sekadar

1) Menjaga solat kerana solat adalah tiang agama.
2) Sentiasa dekatkan diri pada Allah S.W.T... Kerana Allah akan melimpahkan kasih sayang   pada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya...
3) Menjaga hati isteri dengan kata-kata yang lembut dan manis. InsyaAllah, isteri akan menjaga hati suami jika dirinya dilayan dengan baik.
4) Menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya.
5) Menyayangi isterinya dengan sepenuh hati.
6) Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
7) Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

     Banyak juga list ni... buat masa sekarang.. Alhamdulillah.. aku bersyukur mempunyai suami yang sentiasa berada disisiku dan beliau juga menjagaku dengan baik...