Wednesday, September 30, 2009

Cara Menangani Cemburu...


Sang pencinta mana yang tidak cemburu. Maya Angelou, seorang penulis dan penyair terkenal dunia mengumpamakan cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa. Cemburu menjadikan sesiapa pun terasa istimewa kerana seandainya engkau tidak cemburu, di mana letaknya diriku di dalam hatimu. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak bosan dan tidak rimas denganmu.
Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu yang particular dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu yang tidak bertempat. Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan seorang wanita atau jejaka setelah habis waktu bekerja, itu cemburu yang kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.
Cemburu membuat hati penuh prasangka, banyak assumption yang dibuat tidak tepat dan jika ini sering dilakukan, samada pasangan akan menjadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita dengan anda atau perhubungan anda akan sering dilanda puting beliung, dihuru harakan dengan pertengkaran. Cara untuk mengatasi masalah cemburu yang tidak berasas ialah dengan menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya.
Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda. Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan assumption yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Assumption anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. Assumption kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. Assumption ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Stop! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.
Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan kamu berdua di hari muka. Keduanya balas sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Ketiga, batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk rush teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala blame biar dia tanggung seorang!
Dalam perhubungan, cemburu itu bahaya. Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan!

Cemburu...


Cemburu itu hadir apabila seseorang takut kehilangan pasangannya, ketika dia merasakan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kekasihnya dan bila dia kurang yakin akan hubungan emosi dengan pasangannya.

Tetapi tahukah anda cemburu itu boleh menjadi tenaga positif khasnya dalam hubungan intim?
Kalau cemburu yang berpatutan, ia boleh menjadi seronok kerana itu tandanya sayang. Rasa cinta ini akan diungkapkan dalam bentuk hubungan intim. Bagi pasangan suami isteri, rasa cemburu ini boleh meningkatkan kegairahan mereka, menjanjikan kepuasan sanggama yang lebih baik daripada sebelum ini sebagai tanda sayang kepada pasangan.

Namun, jika keterlaluan, cemburu itu boleh membakar hati. Oleh itu, janganlah dibiarkan ke tahap cemburu buta kerana ia adalah cemburu yang melampau dan tidak lagi rasional. Cemburu buta boleh mematikan hubungan mesra dan intim kerana pasangan mungkin langsung enggan menyentuh si dia yang terlalu cemburu.

Keupayaan mengolah rasa cemburu supaya menjadi tenaga positif bergantung pada diri seseorang. Kalau dia bersikap positif, maka cemburu boleh meningkatkan kegairahan. Kalau dia cenderung negatif melulu, tentu saja sikap itu akan menurunkan kegairahan.

Tapi ingat, hubungan seksual yang terasa lebih bergelora akibat dorongan rasa cemburu itu satu bonus. Sememangnya ia boleh memberi kelainan daripada kejenuhan rutin dalam hubungan intim antara pasangan. Walapun begitu, pada akhirnya, sanggama yang dilakukan atas dasar cinta dan melibatkan hati yang suci adalah yang paling memuaskan dan bernikmat.