Friday, September 14, 2012

Dah Mula Rasa Sakit Pinggang

Kelmarin genap usia kandunganku 36minggu... Group IT telah mengadakan Jamuan Raya 2012. Kena drive dari Bangsar ke Kelana Jaya.. Pastu, parking jauh giler dari KLJ Exchange sebab kat KLJ Exchange dah penuh kete.. Fuh! penatnye menapak.. bila sampai je, jari tangan menggigil... dah la semput je nafas ni sejak akhir-akhir ni... Nasib baik kawan aku, Sarah tolong urutkan jari tangan ni.. kurang la sikit menggigil..

Hari ni pula, dah mula rasa sakit pinggang... time meeting pun rasa macam tak senang duduk.. rasa macam nak baring je.. Tulang punggung pun sesekali bunyi meletup.. maybe tulang pelvis tengah buka laluan untuk anakku nanti... Pagi ni dah rasa geli kat ari-ari.. anakku tengah main kat situ kot.. hehe.. (mesti comel).. Last week check up, anakku songsang (punggung di bawah, kepala di atas)... harap-harap minggu depan, anakku berada dalam keadaan normal iaitu kepala di bawah... tangan kiriku pula, asyik lenguh-lenguh.. hubby urut pun masih tak hilang..rasa macam nak tercabut.. betis pun sakit.. adeh.. macam-macam sakit bermula dari minggu ni... tak sabarnya nak cuti.. nak tido dan rehat... lepas tu boleh tengok baby..... :)

Anakku songsang macam ni masa 34Weeks...

Minggu ni dah 36Weeks.. Harap-harap anakku berada dalam keadaan begini...


******************************************************************************

Alhamdulillah.. semalam 18th Sept 2012, sekali lagi buat check up kat Hospital Putrajaya.. Baby dah pusing ke bawah... seperti gambar di atas.. Doktor Hamidah tekan kepala baby supaya berada di laluan yang betul.. doktor cakap, kalau kepala baby dah ke bawah tapi tak duduk dilaluan yang betul, baby boleh pusing anytime... minggu depan dah start check up seminggu sekali.. 'Baby.. mama and papa tak sabar tunggu kehadiran baby'... mmuuuaahh...