Monday, January 9, 2012

Stop to BBT

Sekarang sudah tiba masanya stop BBT kerana hubby ku cakap aku nampak lagi stress bila berBBT.. setiap hari citer pasal suhu.. bila period.. mula la syahdu syahdan dengan dia... huhu... dah 2 hari aku tak ambil suhu badan. Biar la.. at least aku dah dapat terima ketentuan Allah yang aku masih belum bergelar 'ibu' dalam masa yang terdekat ni.. so, usaha + doa + tawakkal = redha... InsyaAllah, rezeki zuriat ku akan tiba tak lama lagi.. dont too thinking about pregnancy k.. itu kerja Allah.. kita sebagai manusia.. redha atas ketentuan Ilahi..  

Tak sabar nak tunggu cuti raya Cina.. nak honeymoon lagi.. nak ubah mood stress to happy.. nak pergi bercuti di Terengganu sempena perkahwinan adik iparku. Lepas tu, balik Kedah (Alor Setar)... Lepas balik Alor Setar.. Balik Penang (Simpang Ampat)... Pastu... nak pergi Cameron Highlands.......... Wow.. tempat sejuk... :D.. toing toing toing!!!... Saya suker... :D
Cameron Highlands... Tunggu!!!

DiGital @ izz86: Pantai @ Port Dickson#comment-form#comment-form

http://digicizz86.blogspot.com/2012/01/pantai-port-dickson.html#comment-form

Friday, January 6, 2012

Sharing is Caring :)

Friends,

Some useful information to share with your loved ones.

Tanda-tanda Awal Cancer (Jaga-jaga)

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan..

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 Penyebab Cancer

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan

Diet Untuk Mencegah Benjolan Pada Payudara

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)
4. Bawang Goreng segera . Kalau nak makan bawang goreng, goreng sendiri..

















Kisah Binatang Yang Bernama Huraisy


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
 Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."


1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.


Sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat.. Wallahualam..

Wednesday, January 4, 2012

Gambar-gambar PENYIBUK

Korang pernah tak menyebuk masa orang lain ambil gambar?? Ala, tapi tu biase la kan. Tapi jom kita tengok bila haiwan menyebuk jugak nak ambil gambar.
tepi..tepi.. aku pun nak masuk juga..
taraaaaaaaaaa.... lihat lah jari jemariku ini...

Wek... sempat lagi posing..
Lihat lah lubang hidungku yang kembang.. gigi pun tersusun je..
Sibuk betul la kau ni.. pantang aku berposing..
lalalalala... tak takut pun :p
Ek eleh.. muka macam baulu hangit..ada hati nak amik gambar..
ergghh.. kenyang aku ari ni.. dapat telan budak..
comel tak saya? comel kan kan kan....

Gerhana Bulan 10/12/2011

Nak tengok gambar gerhana bulan yang diambil oleh suami saya? jom singgah ke blog beliau... http://digicizz86.blogspot.com/2012/01/gerhana-bulan.html .. Lama juga juga menunggu beliau ambil gambar dari awal hingga bulan jadi gelap gelita... tapi puas hati sangat dapat lihat kepakaran suami saya  dalam fotografi ni.. :) Caya lah sayang..