Friday, December 30, 2011

Jom Makan Durian Sepuas-puasnya @ Muzium Telekom / Come & Join The Durian Feast @ Muzium Telekom

Hari ni Last Day for this event.. Semalam sempat juga pergi makan durian sampai LEBAM time lunch hour.. Husband cabar makan 2 biji durian.. tapi aku tak mampu seh.. rasa nak keluar balik bila disumbat-sumbat durian tanpa henti... Tapi husband makan banyak.. tak sangka badan kecik begitu boleh makan banyak ulas durian... untuk mengelakkan badan 'Panas' bila makan durian, buah manggis jadi penyejuk badan... SEDAP!!!... Jom pakat-pakat pergi ramai ke Muzium Telekom.. Hari ni adalah hari terakhir event ni... Di bawah adalah iklan event tersebut:

IKLAN

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menganjurkan acara tahunan Pesta Jom Makan Durian 2011 @ Muzium Telekom untuk kali ke empat pada 28 hingga 30 Disember 2011 bagi mempromosikan buah-buahan dan produk tani tempatan kepada warga Malaysia menyukai dan pelancong asing. Sertai promosi ‘Nikmatilah Keenakan Buah Durian Sepuas-puasnya’ untuk durian D4 yang berharga cuma RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Terdapat juga pelbagai gerai jualan produk hasil durian seperti serawa, jem, ais krim, lempuk dan tempoyak. Aktiviti-aktiviti menarik termasuk pertandingan teka berat durian, Pertandingan makan buahan-buahan terpantas dan Pertandingan makan buah durian terpantas. FAMA turut menyediakan gerai jualan buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis, pulasan, dokong, buah naga, pisang, ciku dan jambu. Pesta ini dibuka secara percuma kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai ke Jom Makan Durian 2011 @ Muzium Telekom untuk menikmati keenakan buah-buahan tempatan yang segar. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5499 atau 03-2020 5444 atau layari laman web rasmi Menara Kuala Lumpur di www.menarakl.com.my atau ‘like’ laman Facebook rasmi Menara Kuala Lumpur di Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official). Jumpa anda di sana!
Bagi pihak Menara Kuala Lumpur

*******______*******_____*******______******______******_____******_______*


Di bawah ni pula gambar kami berdua *_*

Sekian Terima Kasih!

Wednesday, December 28, 2011

Graf Menurun

Huhu.. Hari ni suhu badan aku turun pula.. tapi masih atas cover line.. harap-harap graf di atas cover line selama 9 bulan 10 hari.. InsyaAllah. sejak akhir-akhir ni terlalu banyak angin dalam badan aku. Makan halia pun tak jadi apa-apa.. Setiap malam husband aku kena sapu bam dan urut belakang aku supaya tak bloated.. Di bawah adalah graf aku untuk hari ni..


Tuesday, December 27, 2011

Counting Days Past Ovulation (DPO)

Hari ni usia perkahwinanku masuk 2bulan 4hari... tanda-tanda hamil masih belum ada.. semasa usia perkahwinanku baru sebulan, period aku delay selama 10 hari.. buat suspen je. ingatkan dah conceive.. hati dah berbunga-bunga time tu.. tapi itu cuma perkenalan aku dengan dunia hamil kot.. So, selepas frust menonggeng sebab tak hamil (bunting pelamin), aku try cari info yang berguna dalam http://www.ratuhati.com/. Banyak info yang best. aku try berBBT (Body Basal Temperature). Fuh!! memang best.. setiap hari aku tak sabar menunggu waktu 05.30am kerana aku akan mengambil suhu badan aku dan aku masukkan dalam http://www.fertilityfriend.com/. Di bawah adalah graf aku untuk bulan December 2011 selama 20 hari. ngeee.... nampak macam dibuat-buat je suhu badan aku ni.. banyak yang mendatar... hari ni baru hari kelima DPO... Harap2 bulan ni Allah beri rezeki zuriat kepada aku dan suami.. Sekarang ni aku sedang mengamalkan ayat nabi Zakaria dan pengambilan asid folic. Hanya Allah je yang tahu hati ni bila ada kawan satu tempat kerja aku cakap aku kalah dengan dia sebab dia hamil dulu dari aku.. huhu.. sedihnya.. aku kawin bukan atas niat berlumba sapa dapat anak dulu.. Baru sebulan kawin dah laser.. tak pikir hati orang langsung.

Berbalik kepada BBT.. BBT ni best kalau kita tahu membaca graf tersebut.. boleh dikatakan setiap hari aku tengok graf orang yang berjaya conceive.. cantik je.. ada warna hijau selepas DPO.. harap2 graf aku pada bulan ni pun jadi macam tu gak.. insyaAllah..




8 Tips Kebahagiaan Rumah Tangga

Setiap hari merupakan hari baru aku dalam fasa perkahwinan. Banyak perkara yang aku pelajari dalam rumah tangga dan hati budi seorang insan yang bernama suami. Suamiku adalah Mr. R (Mohd Asfah Rizal bin Mohd Fahmi). Akhirnya aku memilih dia sebagai suamiku. Alhamdulillah suamiku adalah seorang suami yang sentiasa memahami dan membantu aku dalam apa jua perkara. Aku amat berbangga dan bersyukur kerana dibuka hati oleh Allah S.W.T untuk memilih dia sebagai peneman hidupku. Di bawah adalah 8 tips yang boleh kita pelajari untuk menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang antara suami dan isteri:

8P TIPS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

1. PUJI – Setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam aspek kehidupan seperti memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN- Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. PERSEFAHAMAN – Sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan yang lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. PERCUTIAN – Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Friday, December 23, 2011

Kahwin


Inilah Mr R yang aku pilih setelah aku melakukan sembahyang istiqarah.. minta petunjuk dari Allah S.W.T. Sebelum aku memilih dia, banyak perkara yang aku lalui. Alhamdulillah, kami selamat diijabkabulkan pada hari Ahad 23.10.11 pada pukul 11.00 pagi di Masjid As-Salam Padang Lalang, Pulau Pinang.






Dia sebelum bergelar suami..


Kami sebelum bergelar suami isteri...




Semasa Ijab Kabul...


Selepas bergelar suami isteri...


Majlis perkahwinan di rumahku...

Majlis perkahwinan di rumah suamiku...