Monday, May 28, 2012

Apa Teknik Urutan Perineum ni?

Kajian menunjukkan urutan perineum dari minggu ke 35 mengurangkan koyakan pada bahagian perineum yang perlu dijahit.  Kebanyakan wanita yang mengamalkan teknik ini juga melaporkan tiada berlaku kesakitan bahagian perineum dalam masa 3 bulan selepas bersalin.

Urutan perineum ialah urutan yang dibuat pada bahagian vagina.  Perineum adalah bahagian yang terletak di antara lubang vagina dan lubang dubur. Urutan ini boleh dimulakan seawal minggu ke-34 kehamilan.  Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri atau pasangan. Lakukannya jika anda berasa gembira untuk melakukannya dan bukannya terpaksa :).

Masa yang paling sesuai untuk melakukannya ialah selepas mandi, kerana selepas mandi bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh.  Gunakan minyak urutan organik seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk melakukan urutan.

Kedudukan yang sesuai seperti menyandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan atau duduk di tandas.

Dapatkan kedudukan yang selesa, relaks dan di tempat di mana anda rasa selamat dan tidak terganggu.



Teknik urutan perineum

1.  Sapukan jari dengan minyak.

2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.

3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.

4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk 'U'.

5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.

6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.

Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.


Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan atau penyakit pada bahagian vagina.

Jika anda merasa sakit semasa urutan, hentikan segera urutan dan lakukan semula pada masa yang lain. 

Selamat mencuba.

Sumber : 
http://www.oxfordradcliffe.nhs.uk/forpatients/090427patientinfoleaflets/090924perinealmassage.pdf 
 

6 comments:

Imaan09 said...

salam kenal.. rasanya AnNur klu czer starting from rm6000.. anak first ke..?insyaALLAH boleh normal

hanimku said...

A'ah.. anak first... baru 5 bulan pregnant. tapi dah buat survey.. cadang nak deliver kat FPP Hospital Putrajaya.. tapi doktor gynea dah fully booked sampai akhir tahun.. yang ada cuma sorang doktor lelaki.. so, kena pilih An-Nur la nampak gayanya...

Fieza Sani said...

Anim,gud info..w/pun saya belum pregnen lagi tapi boleh amik sbg.ilmu.. :)

hanimku said...

kita sama2 sharing info.. mudah2an senang bersalin... semoga awak pun cepat2 pregnant ea...

Unknown said...

Tq sharing this hanim :D

hanimku said...

u r welcome Frida :)