Friday, June 22, 2012

24 weeks

Alhamdulillah.. hari ni check up lagi dengan gynea... baby dah tunjuk gender.. girl :) .. nanti boleh la pakai baju ropol-ropol... hehe.. dia tengah sedu masa scan tadi.. berat pun ok 667gram.. jantung pun cantik je...Tapi mama dia yang tak ok.. berat naik sampai 3.5kg.. kencing kotor masih belum ok... dah ada darah dalam air kencing... kena makan ubat yang doktor bagi.. doktor tak bagi banyak berjalan sebabnya kakiku selalu cramp...aku suka berjalan sebenarnya... kena cucuk untuk kali kedua.. sekarang tengah lenguh-lenguh tangan ni... keputihan masih banyak.. doktor bagi ubat yang segi tiga tu.. masuk kat dalam miss V dan tak boleh bersama suami.. doktor minta husband banyak urutkan kakiku dan badanku sebab urutan suami dapat mengeratkan kasih sayang antara suami dan anak.. 

Wednesday, June 13, 2012

Kencing Kotor Semasa Hamil

Aku pergi klinik tadi (setelah husband suruh pergi, sebelum ni 'liat' nak jumpa doktor kalau sakit)... tak tahan dah.. sakit bahagian ari-ari dan belakang... rupa-rupanya kena kencing kotor.. doktor cakap.. kotor sangat.. dah warna purple pada urine strip... huhu... doktor bagi ubat Urine Effervescent Granules dan Monurol.. tapi bila tanya kawan-kawan yang berpengalaman.. diorang cakap jangan makan ubat tu.. minum air barli banyak2.. elakkan makan ubat.. tak baik untuk kandungan... patut la selama ni, bila kencing.. sakit bahagian ari-ari tapi aku ingat normal (xde pengalaman pregnant).. rupa-rupanya dah lama sangat aku biar.. di bawah ni rupa ubat yang aku dapat..yang warna hijau tu kena makan sehari dua kali manakala yang warna biru pula, kena makan sehari sekali (minta maaf ye doktor, saya tak kan makan/minum ubat ni..takutttt)... takut juga kalau tersilap makan kan? bukannya doktor nak bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi pada diri aku dan baby.. aku dan husband aku juga yang susah...
*********************************************************************************
Update: Akhirnya aku minum juga ubat yang doktor bagi ni setelah aku pergi 2 klinik dan jumpa gynea.. selepas penerangan gynea mengenai ubat ini (tak bahayakan kandungan dan sesuai untuk ibu mengandung), aku berani minum... Disamping itu, aku juga amalkan minum air barli dan banyakkan minum air kosong.. Alhamdulillah, kencing kotor dah hilang.. air kencing aku pun dah kembali jernih dah tak sakit bila kencing.

Monday, June 11, 2012

Mual-mual kembali lagi ke?

Masih morning sickness ke? kandungan dah nak masuk 5bulan 3minggu.. huhu... baru je sebulan rehat dari mual-mual.. hari ni muntah kembali.. maybe disebabkan bau 'Downy' pada tudung atau pun salah makan semasa breakfast pagi tadi... bila mual-mual ni, rasa tak selesa pula nak kerja.. rasa kembang je.. 'baby.. baby kenapa ni? baby nak makan makanan lain ke?'... semasa dalam lif tadi, asyik berteka-teki dengan baby.. kenapa mual-mual balik? nak cepat-cepat sampai opis.. takut termuntah dalam lif.. nasib baik sempat naik opis.. sampai-sampai opis je, terus letak handbag, buka laptop dan berkejaran ke toilet... Harap-harap rasa mual-mual tidak berterusan sampai satu hari.. 

Thursday, June 7, 2012

Potong Kuku Cara Nabi



potong kuku pun nabi dah ajar..


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppsskhinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth 



Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Jadi, janganlah marah anak-anak sesuka hati sebab anak jadi macam tu pun hasil didikan/cara dari ibu bapa juga... 

Percayalah

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info 

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

  1. jari manis
  2. jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

  1. jari tengah
  2. jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Perhatian!


Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.


DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:


لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)



Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.


Wednesday, June 6, 2012

Posisi Tidur Ketika Hamil

Perutku semakin membesar... dah mula rasa tidur kurang selesa samada nak tidur terlentang, mengiring ke kanan atau mengiring ke kiri.. setiap posisi yang aku tidur, selalunya baby akan memberi reaksi dengan bergerak-gerak dalam rahimku.. takut juga terhimpit kepala baby.. hari ni aku menggoogle untuk mencari info tentang posisi tidur ketika kehamilan... Jeng..Jeng..Jeng... lastly jumpa blog Dr. Zubaidi. Dalam blog ni ada memberitahu posisi tidur yang betul ketika hamil.. sama-samalah kita amalkan ye... :) http://drzubaidi.com/blog/?p=2115