Wednesday, September 30, 2009

Cemburu...


Cemburu itu hadir apabila seseorang takut kehilangan pasangannya, ketika dia merasakan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kekasihnya dan bila dia kurang yakin akan hubungan emosi dengan pasangannya.

Tetapi tahukah anda cemburu itu boleh menjadi tenaga positif khasnya dalam hubungan intim?
Kalau cemburu yang berpatutan, ia boleh menjadi seronok kerana itu tandanya sayang. Rasa cinta ini akan diungkapkan dalam bentuk hubungan intim. Bagi pasangan suami isteri, rasa cemburu ini boleh meningkatkan kegairahan mereka, menjanjikan kepuasan sanggama yang lebih baik daripada sebelum ini sebagai tanda sayang kepada pasangan.

Namun, jika keterlaluan, cemburu itu boleh membakar hati. Oleh itu, janganlah dibiarkan ke tahap cemburu buta kerana ia adalah cemburu yang melampau dan tidak lagi rasional. Cemburu buta boleh mematikan hubungan mesra dan intim kerana pasangan mungkin langsung enggan menyentuh si dia yang terlalu cemburu.

Keupayaan mengolah rasa cemburu supaya menjadi tenaga positif bergantung pada diri seseorang. Kalau dia bersikap positif, maka cemburu boleh meningkatkan kegairahan. Kalau dia cenderung negatif melulu, tentu saja sikap itu akan menurunkan kegairahan.

Tapi ingat, hubungan seksual yang terasa lebih bergelora akibat dorongan rasa cemburu itu satu bonus. Sememangnya ia boleh memberi kelainan daripada kejenuhan rutin dalam hubungan intim antara pasangan. Walapun begitu, pada akhirnya, sanggama yang dilakukan atas dasar cinta dan melibatkan hati yang suci adalah yang paling memuaskan dan bernikmat.

No comments: