Dah 21 minggu... nak kena belajar teknik bersalin ni.. search google, terjumpa la website Pa&Ma mengenai 9 Panduan Mudahkan Bersalin.. Aku copy siap-siap untuk rujukan diriku dan kawan2ku bila tiba masanya nanti...
1. Urutan Perineum
Urutan yang dilakukan di
bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda
memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak
semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara
bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke
saat mahu melahirkan.
Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda
benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak
tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara,
minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi
ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat
daripada doktor terlebih dahulu.
2. Senaman
Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal.
Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila
tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot
rahim.
Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu
ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda
lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian
dilepaskan bakinya.
3. Teknik Pernafasan
Di
minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman
secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil
berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam
proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai
kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses
meneran.
4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman
bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir
kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur
adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang
semasa melahirkan nanti.
5. Keadaan Selesa
Ketenangan
fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan
berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah
lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa
yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada
menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.
Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke
hospital.
6. Teman Kuat Semangat
Apa yang paling
penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang.
Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan,
keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang
dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu
memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan
bayi.
Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga
yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan
siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua
selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya
nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan
lain-lain.
7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa
bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran.
Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri
tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan
betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas
katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin
sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan
proses pelahiran.
8. Baring Mengiring Ke Kiri
Amalan sebegini juga
amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri
adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi
sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan
cepat.
9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah
mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting
bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada
selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan
kepada tubuh badan.
Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/9-panduan-mudahkan-kelahiran-1.46130