Thursday, February 7, 2013

PAP Smear

Tuesday 5th February 2013

Genap 4 bulan aku melahirkan 'Aisyah. 'Aisyah pun dah pandai meniarap, menjerit, bersembang dan bermain... Alhamdulillah, Allah S.W.T kurniakan aku anak yang comel dan sihat..

Pada bulan January 2013 aku telah buat appointment dengan Gynea yang paling aku suka iaitu Doktor Zana.. Doktor yang cantik, lemah lembut dan sentiasa ingat perkembangan pesakitnya... Jadi, tarikh dan masa telah ditetapkan.. aku berjumpa dengannya pada 5th February 2013...

Pada mulanya aku ingin check jahitan cser aku samada dah baik sepenuhnya atau tidak. Tak terfikir pun nak buat PAP Smear. Selepas aku ceritakan masalah aku selepas bersalin (keluar darah ketika bersama), gynea cadangkan untuk buat PAP Smear.

Gynea periksa jahitan cser aku, semuanya Ok.. rahim pun kecut, cantik je.. alhamdulillah.. selepas itu, gynea masukkan alat seperti mulut buaya untuk periksa pangkal serviks aku. Gynea cakap.. dalam ok, bersih.. beliau ambil sample lendir serviks.. InsyaAllah, dalam minggu depan dapat result. Gynea cakap, maybe faktor keluar darah semasa bersama adalah 'kering'. Ini kerana, aku fully bf.. Gynea minta aku teruskan bf sebab bagus untuk kesihatan.. Sebenarnya PAP Smear ni tak sakit pun. Sekejap je.. So, ibu2 jangan takut untuk buat PAP Smear ye.


***************************************************************************
Update: Alhamdulillah... Result OK :)

Di bawah adalah sedikit info berkenaan PAP Smear.





DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA
MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR
Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.

NONA, JUN 1998, M/S 32-33

5 comments:

Anonymous said...

sakit x??riso la plak..mse wat ve time preggy dlu pon tkut gak tpi xkish sgt sbb tgh preggy kn..nie dh deliver tkut la plak..tmbh plak syer nie mudh geli ble org pgng..huhuhu..

Anonymous said...

Saya pun sakit juga ketika bersama. Maybe sbb yang sama, kering. Thanks!

hanimku said...

Pap Smear ni tidak menyakitkan.. kena rileks..

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kepentingan Ujian Pap Smear

Unknown said...

Saya baru je buat pap smear..tak sakit klu kita relaks jer...nak tggu result tu yg berdebar2..Alhamdulilah tidak ada apa2.cuma skrg miss v masih gatai....hadoiiii