Ramai isteri dan bakal isteri mendambakan suami yang soleh. Suami yang soleh bagiku bukanlah dengan pakaiannya seperti berjubah, berserban, memakai celak di bawah alis mata... tetapi cukuplah sekadar
1) Menjaga solat kerana solat adalah tiang agama.
2) Sentiasa dekatkan diri pada Allah S.W.T... Kerana Allah akan melimpahkan kasih sayang pada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya...
3) Menjaga hati isteri dengan kata-kata yang lembut dan manis. InsyaAllah, isteri akan menjaga hati suami jika dirinya dilayan dengan baik.
4) Menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya.
5) Menyayangi isterinya dengan sepenuh hati.
6) Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
7) Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
Banyak juga list ni... buat masa sekarang.. Alhamdulillah.. aku bersyukur mempunyai suami yang sentiasa berada disisiku dan beliau juga menjagaku dengan baik...
No comments:
Post a Comment