Tuesday, December 27, 2011

8 Tips Kebahagiaan Rumah Tangga

Setiap hari merupakan hari baru aku dalam fasa perkahwinan. Banyak perkara yang aku pelajari dalam rumah tangga dan hati budi seorang insan yang bernama suami. Suamiku adalah Mr. R (Mohd Asfah Rizal bin Mohd Fahmi). Akhirnya aku memilih dia sebagai suamiku. Alhamdulillah suamiku adalah seorang suami yang sentiasa memahami dan membantu aku dalam apa jua perkara. Aku amat berbangga dan bersyukur kerana dibuka hati oleh Allah S.W.T untuk memilih dia sebagai peneman hidupku. Di bawah adalah 8 tips yang boleh kita pelajari untuk menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang antara suami dan isteri:

8P TIPS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

1. PUJI – Setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam aspek kehidupan seperti memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN- Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. PERSEFAHAMAN – Sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan yang lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. PERCUTIAN – Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

No comments: