Pejam celik.. pejam celik.. sekejap je dah setahun aku tak update blog aku.. Setiap hari aku berdoa pada Allah supaya memberi petunjuk dan hidayah seperti hamba-hambaNya yang terpilih... Dalam kesibukan bekerja.. terfikir sejenak tentang hidupku yang suram tiada keceriaan mewarnai hidupku.. Bila aku balik Penang.. aku rasa happy je.. bila pulang semula ke KL, aku rasa serabut kerana asyik melayan perasaan yang entah ape-ape... beginikah hidup bila tiada pasangan yang memahami diri ini..? hehe.. Muhasabah juga amat penting dalam hidup ini.. mungkin kita pernah buat kesilapan sebelum ini.. jadi, untuk menghapus dosa tersebut.. Allah beri kita pelbagai ujian... Allah ingin menilai diri kita... Aku harap apa yang aku impikan tahun depan menjadi kenyataan.. aku akan berusaha untuk mencapai impian tersebut... :D ...
Dalam hidup aku sekarang.. aku diberi pilihan untuk memilih sebagai pasangan hidupku.. samada S atau R.. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing.. siapakah harusku pilih untuk menjadi kumbang dalam taman hatiku? .. Tapi hati nuraniku kuat untuk memilih R sebagai pasangan hidup... mungkin dia adalah jodoh aku.. :D ... tapi... dalam masa yang sama, bekas kekasih hatiku yang lama bertakhta dalam hati ni telah menghubungiku pada pukul 11.a.m .. aku terkedu, terkenang kisah lama.. banyak kenangan bersama.. Antaraku dengan dia tiada masalah, cuma kami berpisah atas kehendak keluarga.. aku terima dengan redha.. maybe aku tiada jodoh dengannya... Sedihnya... berbalik pada R.. R is a nice person.. dia caring.. tapi loving tu aku belum nampak kesungguhan dia... biar masa dan keadaan yang tentukan segalanya.. S pula.. aku tak nak pikir sebab dia sentiasa menyakiti hatiku.. cuma kadang-kadang ada juga happy... ini pun.. biar masa yang tentukan segalanya... hehe.. jodoh, rezeki dan ajal di tangan Allah S.W.T.