Aku ditakdirkan emergency ceaser sekali lagi untuk lahirkan anak kedua... kedua-duanya hanya 5cm bukaan tulang pelviks.
Sepanjang tempoh mengandungkan Adni.. Aku tiada masalah atau komplikasi.. cuma masalah berat naik mencanak setiap bulan sampai susah hati.. tapi.. susah hati pun still makan tak ingat dunia... Aku tak memilih langsung makanan.. semuanya bedal.. orang kata.. kalau mengandungkan anak perempuan..suka makan manis-manis... Untuk aku.. mengandungkan 2 orang anak..lain-lain.. masa mengandungkan Aisyah, aku suka makan manis-manis..masa Adni.. suka masam-masam... jadi, jangan percaya sangat bab pemakanan ni...
9 bulan, berat naik 19kg.. toing toing toing.. banyak giler naik.. badan dah macam pelampung...
Gemok kan??? hehe
Ok.. berbalik kepada tajuk kita.. masa minggu ke 38.. dah rasa contraction.. bagi aku dah sakit sangat.. masa pergi hospital (Hospital Az Zahrah, Bangi) .. cek CTG.. memang ada contraction dan makin kerap... cek bukaan, tiada... boleh balik rumah sebab masa tu tanda2 lain pun takde.. selang beberapa hari.. sakit lagi..pergi lagi cek CTG.. bukaan 1cm... memandangkan contraction semakin kerap..5 minit sekali.. aku kena tahan wad.. doktor decide.. induce... induce pertama.. sakit yang amat... tapi bukaan still 1cm... induce kedua pun sakit... induce kali ketiga.. hilang sakit.. aduh.. doktor pun pening macam mana boleh hilang contraction... esoknya.. aku dibenarkan balik ke rumah.. sepanjang tempoh 2 minggu aku MC sebab asyik contraction... sampai minggu ke 39minggu 6hari, 11.00pg... aku sakit sangat2... masa tu boleh masak lagi.. makan tengah hari dulu... bagi kenyang-kenyang... pukul 4pm baru pergi hospital.. cek bukaan 4cm.. masuk labor room.. dalam 20 minit.. cek bukaan 5cm, doktor masukkan air drip untuk kuatkan lagi contraction.. masa tu rasa seronok sangat harap2 bukaan cepat dan boleh bersalin normal.. tapi malangnya.. sepanjang pukul 4.30pm sampai 1.00 pagi.. bukaan still 5cm... nampak gaya kena ceaser,, mengalir air mata sebab sakit lama sangat (8 jam setengah) ... Aku ditukarkan katil untuk ke operation room.. masa ni..memang pasrah dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T bahawa aku kena ceaser.. so, untuk anak ketiga memang takde chance untuk bersalin normal.. Semasa pembedahan.. doktor cakap.. cantik ceaser luaran dan dalaman.,, boleh 4 orang anak... alhamdulillah.. pukul 1.21pagi, tepat 40minggu 24.03.2015 (Selasa).. lahirlah Nur Adni Sofiyya.. masa tu kepala dia pun dah lonjong sikit sebab nak keluar ikut bawah tak boleh...
Selepas operate.. aku direhatkan di wad.. kali ni takde muntah2 seperti Aisyah dulu.. batuk pun takde..alhmadulillah.. pukul 7.30pg, nurse datang hantar Adni untuk disusukan..alhamdulillah..susu cukup untuk anakku... In Shaa Allah.. aku akan teruskan breast feed sampai 2 tahun seperti kakaknya, Aisyah.